Sunday, February 8, 2015

Naturopathy : Reflexology

Refleksologi, atau terapi zon, adalah perubatan alternatif yang melibatkan tindakan fizikal mengenakan tekanan kepada kaki, tangan, atau telinga dengan jari tertentu. Ia adalah berdasarkan apa yang reflexologists percaya bahawa sistem zon dan kawasan refleks yang dikatakan mencerminkan imej badan pada kaki dan tangan.

Refleksologists membahagikan badan ke sepuluh zon yang sama tegak, lima di sebelah kanan dan lima di sebelah kiri. 

The Foot Refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.

Mengurut sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara tidak langsung merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Orang zaman dulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau permukaan bumi yang kasar untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.

Namun, dalam keadaan sekarang, kita boleh lakukan sendiri refleksologi dengan berjalan berkaki ayam di atas batu refleksologi yang banyak di pusat riadah dan rekreasi. Ada orang mengaitkan kalau sakit berjalan di atas batu ini, tanda banyak penyakit, tetapi kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan.

Harus diingat, refleksologi bukan kaedah untuk mengenalpasti atau mengubati penyakit, tetapi ia mampu mengurangkan simptom dan meredakan kesakitan mahupun ketidakselesaan fizikal disebabkan tekanan, trauma atau penyakit.
Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun. Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara dalam piramid Ankhmahor (doktor Mesir kuno) menunjukkan dua lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat.

Apa kebaikan refleksologi?

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.

Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.

Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.

Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.

Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap cermin kepada kepala dan tapak kaki pula adalah anggota badan.

Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

Antara soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi adalah :

Adakah ia menyakitkan?
Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.

Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?
Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada seseorang.

Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi elektrik.

Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.

Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan?
Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan masalah lain.


Saturday, February 7, 2015

RAWATAN AKUPUNTUR

PENGENALAN – AKUPUNTUR DALAM SEJARAH

Akupuntur adalah kaeadah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba.
Teknik penggunaan haba dikenali sebagai “Moxibustion” dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil “Electrostimulation“. Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang.

Kaedah ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Namun penghormatan telah diberikan oleh kebanyakan ahli-ahli perubatan kepada China kerana pengalaman jenis ini banyak diguna atau diamalkan oleh rakyat China sejak 4000 tahun yang lampau sehingga hari ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa  di dunia ini yang mencatat  tentang Perubatan Akupuntur yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masihi’

Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu buluh dan lain-lain sebagai asas rawatan untuk menekan atau menusuk di bahagian tertentu badan. Di zaman moden ini. Alat-alat tersebut telah digantikan dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile yang diperbuat dari berbagai logam seperti Jarum Perak, Tembaga dan Emas.

Di antara ketiga jarum tersebut, jarum emaslah yang paling banyak sekali mengeluarkan tenaga Qi (chi) iaitu 100 kali ganda kekuatannya dari Jarum Perak.

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat, senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’ yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian atau kolentral yang sudah cukup untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.

ADAKAH AKUPUNKTUR MENYAKITKAN ?

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur di mana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Kalaupun sakit, ianya bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja. Jarum tersebut diletakkan di bahagian lapisan kulit sahaja di antara 0.5cm hingga 1cm atau 1 cun hingga 2 cun. Akupunktur adalah sangat berkesan di kawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan seperti wabak yang teruk, pengawal kesakitan dan pengurang tekanan.

PERBEZAAN ANTARA AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR

Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit, mengenalpasti Pathogen (a foreign agent that may result in clinical infection and disease if not eliminated by immune system) dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman, bakteria, ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam saluran darah. Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China, akupunktur digunakan untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi, darah, kahak dan cairan badan. Bagi doktor perubatan barat pula, pesakit akan diperiksa dan didiagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak, bentuknya dan pergerakannya. Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka, kulit, kuku dan mata. Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah, tidak berfungsi atau sesak. Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.

Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula, akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik. Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .

Akupunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang. Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta. Dalam perubatan barat, Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi. Dalam perubatan timur, Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .

QI DAN FUNGSINYA

Lima fungsi utama Qi ialah ;

1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan

AKUPUNTUR DAN FUNGSINYA

Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi di dalam badan. Ia dilakukan dengan memasukkan, menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur. Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran di dalam badan. Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian. Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .

Gangguan atau halangan pada tenaga (Qi), darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian. Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman, tisu yang bergabung, meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga.

Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak di dalam paket pada otot, kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorphin, enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku di tengah-tengah bahagian otak.

Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang. Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan, minda dan semangat. Dalam sains moden, kesihatan ialah pergerakan elektron. Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri. Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni. Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung, pergerakan bioelektron. Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan.

Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang. Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit. Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima, lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal. Pada tahap ini, keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya.

KAJIAN SECARA SAINTIFIK

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

Thursday, February 5, 2015

Iridologi

Iridologi adalah satu kaedah sains pengetahuan tentang penganalisaan atau dianosis melalui struktur halus dianak mata, perkataan iris yang bermaksud anak mata.kaedah iridologi begitu mengkagumkan dan sungguh mudah untuk dipelajari kerana ia cepat,selamat ,tepat dan ringkas tanpa perlu  pengunaan peralatan yang canggih.Kaedah Iridologi sungguh unik  dan menarik kerana membantu mengetahui tahap kesihatan tubuh badan sesaorang itu, khususnya kelemahan pada organ-organ yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kerana mata mempuayai beribu ribu juta saraf halus, tisu dan sel-sel yang bersambung kesistem badan melalui saraf otak. 

Setiap kerosakan pada saraf dianak  mata akan menunjukkan kelemahan organ dalam tubuh badan ,analisa dari anak mata bolih membantu  untuk mencegah atau memperbaiki taraf kesihatan organ sebelum kesihatan bertambah parah kerana iridologi dapat menceritakan tahap kesihatan yang pernah berlaku,sedang berlaku atau akan berlaku.Setiap analisa dianak mata tidak serupa   diantara mata sesaorang itu kerana ia bergantung kepada tabiat permakanan, keturunan, gaya hidup seseorang itu.

Mata kiri  akan menceritakan kelemahan organ sebelah kiri -sebagai contoh- masalah jantung akan dilihat dizon 3 pada mata sebelah kiri. Pakar-Pakar  iridologist mengunakan sistem yang sama pada carta iridologi iaitu  sistem masa dan pusingan jam. Ia dibahagikan kepada beberapa  zon-zon utama tertentu mengikut sistem fazikal organ tubuh badan,perubahan pada anak mata, warna  dan  struktur anak mata dan tanda-tanda  pada   dalaman berkaitan usus, contoh Proplapsus (usus kendur atau perut buncit) satu tanda ANW (Automic Nerve Wreath) jatuh dari kawasan usus biasanya ia ditunjukkan pada pukul 11.00 hingga 1.00 ,otot lemah disebabkan tekanan kebawah.

Wednesday, February 4, 2015

Naturopathy Nutrition


Naturopathy Nutrition
  
Naturopathy Nutrition is a system of healthcare which encourages and promotes the body's natural self-healing to flourish using an eclectic approach.
  1. Naturopaths will not use surgery, strong chemical medicines with strong side effects.
  2. Treat the root of a disease/imbalance and not the symptoms
  3. Treat the person not the disease
  4. Each individual is unique and responds in a different way
  5. Prevention is preferable then cure
  6. Work with nature cycles and use the healing power of nature
  7. A naturopath is an educator/teacher empowering the patient to take responsibility for his/her own health

Tuesday, February 3, 2015

APAKAH NATUROPATI

Pengenalan : Naturopathy, atau perubatan naturopati , adalah sejenis perubatan alternative  yang berasaskan kepada vitalism, yang meyakini bahawa terdapat kuasa dalaman diri (Ruh/Semangat/Chi) istimewa yang dipanggil Vital Force yang menggerakkan proses kehidupan seperti metabolisma, reproduksi, tumbesaran, dan adaptasi. Naturopathy menawarkan pendekatan holistik dan rawatan selamat yang kebanyakannya mengelak dari penggunaan pembedahan dan dadah. 

Naturopaths percaya bahawa  gejala penyakit adalah disebabkan oleh pengupayaan tubuh badan untuk menyucikan diri dari toksin dan meningkatkan keupayaan utk melawan penyakit .Dikalangan naturopaths, penolakan terhadap penggunaan ubat(dadah) konvensional adalah suatu kebiasaan.

Terma "naturopathy"diambil dari perkataan Latin and Greek, secara umumnya bermaksud rawatan  "Penyakit Alami(natural)". Naturopathy moden mulai berkembang bersama Natural Cure movement  (Pergerakan Penyembuhan Natural) di  Eropah. Istilah Naturopati ini telah di asaskan pada 1895 oleh John Scheel dan dipopularkan oleh  "Bapa naturopathy U.S." Benedict Lust pada 1902, Bermula 1970an, terdapat  Kesedaran kearah kehidupan Natural di United States and Canada, Selari dengan Pergerakan kesihatan Holistik. 

Hari ini, naturopathy dipraktikkan secara meluas United States dan Canada. Skop pengamalan agak berbeza bergantung undang-undang tempatan, dan para naturopath kebiasaannya digelar dengan gelaran  Naturopathic Doctor (N.D).

Para pengamal Naturopathy di United States terbahagi kepada tiga kategori: Naturopaths tradisional; naturopath moden; dan penyedia perkhidmatan naturopathy. Naturopathic moden menjalankan prinsip  naturopathy disamping konteks amalan perubatan konvensional. Naturopathy menggabungkan pelbagai  modaliti rawatan seperti nutritional and herbal medicine, lifestyle advice,  counseling, flower essence, homeopathy and remedial massage.

Ideology and methodologi sistem perubatan naturopathy sejak mula sememangnya berkonflik dengan paradigma perubatan Konvensional (evidence-based medicine). Ramai naturopath  menentang konsep vaccination berdasarkan pandangan awal yang membentuk profession ini. Menurut American Cancer Society, pula "tiada bukti yang menyokong dakwaan perubatan naturopathi dapat menyembuhkan KANSER atau sebarang penyakit pun, sejak awal lagi tiada suatupun kajian dijalankan keatas keseluruhan perubatan naturopathi pernah diterbitkan."

Enam Perinsip asas Naturopati
  1. Do no harm/Jangan memudaratkan  (primum non nocere);
  2. Prevent rather than cure/ Pencegahan lebih baik dari merawat ;
  3. Nature has innate healing powers/Alam semulajadi adalah kuasa penyembuh (vis medicatrix naturae);
  4. Holistic approach /pendekatan holistik kpd pesakit (the “whole person” is treated);
  5. Treat the cause of disease, not its symptoms.rawat puncanya bukan gejala (tolle causum);
  6. Teach prevention (docere) and the patient learns prevention./didik pesakit utk cegah sendiri penyakit

Monday, February 2, 2015

Definition of Naturopathic Medicine

Naturopathic medicine is a distinct primary health care profession, emphasizing prevention, treatment, and optimal health through the use of therapeutic methods and substances that encourage individuals’ inherent self-healing process.  The practice of naturopathic medicine includes modern and traditional, scientific, and empirical methods.
 
The following principles are the foundation of naturopathic medical practice:

  • The Healing Power of Nature (Vis Medicatrix Naturae): Naturopathic medicine recognizes an inherent self-healing process in people that is ordered and intelligent. Naturopathic physicians act to identify and remove obstacles to healing and recovery, and to facilitate and augment this inherent self-healing process.
  • Identify and Treat the Causes (ToIle Causam): The naturopathic physician seeks to identify and remove the underlying causes of illness rather than to merely eliminate or suppress symptoms. 
  • First Do No Harm (Primum Non Nocere): Naturopathic physicians follow three guidelines to avoid harming the patient:
    • Utilize methods and medicinal substances which minimize the risk of harmful side effects, using the least force necessary to diagnose and treat; 
    • Avoid when possible the harmful suppression of symptoms; and
    • Acknowledge, respect, and work with individuals’ self-healing process. 
  • Doctor as Teacher (Docere): Naturopathic physicians educate their patients and encourage self-responsibility for health. They also recognize and employ the therapeutic potential of the doctor-patient relationship. 
  • Treat the Whole Person: Naturopathic physicians treat each patient by taking into account individual physical, mental, emotional, genetic, environmental, social, and other factors. Since total health also includes spiritual health, naturopathic physicians encourage individuals to pursue their personal spiritual development. 
  • Prevention: Naturopathic physicians emphasize the prevention of disease by assessing risk factors, heredity and susceptibility to disease, and by making appropriate interventions in partnership with their patients to prevent illness.

NATUROPATHIC PRACTICE
Naturopathic practice includes the following diagnostic and therapeutic modalities: clinical and laboratory diagnostic testing, nutritional medicine, botanical medicine, naturopathic physical medicine (including naturopathic manipulative therapy), public health measures, hygiene, counseling, minor surgery, homeopathy, acupuncture, prescription medication, intravenous and injection therapy, and naturopathic obstetrics (natural childbirth).

Sunday, February 1, 2015

Naturopath - Homeopathy

Dr. Sammuel Hahnemann

Naturopath - Homeopathy

Apakah Perubatan Homeopati?


Homeopati adalah suatu sistemperubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkanmelalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yangmampu menimbulkan gejala penyakit, mampu jugamenyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.

Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan. Boleh diambil oleh semua golongan.

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalumerangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disampingmembuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utkmempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan danpenyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalammemilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis)menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.

What is a Naturopathic Doctor?

Naturopathic physicians combine the wisdom of nature with the rigors of modern science. Steeped in traditional healing methods, principles and practices, naturopathic medicine focuses on holistic, proactive prevention and comprehensive diagnosis and treatment. By using protocols that minimize the risk of harm, naturopathic physicians help facilitate the body’s inherent ability to restore and maintain optimal health. It is the naturopathic physician’s role to identify and remove barriers to good health by helping to create a healing internal and external environment.

Naturopathic physicians work in private practices, hospitals, clinics and community health centers. NDs practice throughout the United States and Canada. Qualified naturopathic physicians undergo rigorous training before they become licensed health-care practitioners. Visit our Professional Education page to learn about naturopathic education.

NDs treat all medical conditions and can provide both individual and family health care. Among the most common ailments they treat are allergies, chronic pain, digestive issues, hormonal imbalances, obesity, respiratory conditions, heart disease, fertility problems, menopause, adrenal fatigue, cancer, fibromyalgia and chronic fatigue syndrome. NDs can perform minor surgeries, such as removing cysts or stitching up superficial wounds. However, they do not practice major surgery. NDs are trained to utilize prescription drugs, although the emphasis of naturopathic medicine is the use of natural healing agents.

YOUR FIRST VISIT
A naturopathic physician will take time with you. During your first appointment, your doctor will take your health history, find out about your diet, stress levels, use of tobacco and alcohol, and discuss why you’re there. He or she may perform an examination and order diagnostic tests. Naturopathic physicians keep themselves up-to-date on the latest scientific research and incorporate this evidence into their treatments. The naturopathic physician will work with you to set up a customized health management strategy. If necessary, your doctor will refer you to other health-care practitioners.

A first visit with a patient may last one to two hours and follow-up visits range from 30 to 60 minutes, although this varies depending on the ND. Naturopathic physicians need sufficient time to ask questions and understand the patient’s health goals. NDs also need time to gather information, do an appropriate examination and teach his or her patients about managing their condition and improving their health. An ND may also use diagnostic tests to fully understand their patient’s health status. Besides taking the time to carefully and fully assess a patient’s root problem, NDs speak and understand the language of conventional medicine. They can diagnose the way MDs do—yet, they bring to the patient a whole new arsenal of treatments and insights. Instead of waiting for a disease to emerge, NDs work to head it off before it happens.