Refleksologi, atau terapi zon, adalah perubatan alternatif
yang melibatkan tindakan fizikal mengenakan tekanan kepada kaki, tangan, atau
telinga dengan jari tertentu. Ia adalah berdasarkan apa yang
reflexologists percaya bahawa sistem zon dan kawasan refleks yang dikatakan
mencerminkan imej badan pada kaki dan tangan.
Refleksologists
membahagikan badan ke sepuluh zon yang sama tegak, lima di sebelah kanan dan
lima di sebelah kiri.
The
Foot Refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada
prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi
gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.
Mengurut
sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan
ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara tidak langsung merangsang
anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Orang zaman dulu melakukan
refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau permukaan bumi yang
kasar untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.
Namun,
dalam keadaan sekarang, kita boleh lakukan sendiri refleksologi dengan berjalan
berkaki ayam di atas batu refleksologi yang banyak di pusat riadah dan
rekreasi. Ada orang mengaitkan kalau sakit berjalan di atas batu ini, tanda
banyak penyakit, tetapi kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan.
Harus
diingat, refleksologi bukan kaedah untuk mengenalpasti atau mengubati penyakit,
tetapi ia mampu mengurangkan simptom dan meredakan kesakitan mahupun
ketidakselesaan fizikal disebabkan tekanan, trauma atau penyakit.
Refleksologi
adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak
beribu-ribu tahun. Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara dalam
piramid Ankhmahor (doktor Mesir kuno) menunjukkan dua lelaki mengurut tangan
dan kaki lelaki lain. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara
dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat.
Apa
kebaikan refleksologi?
Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada
disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak
terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan
kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.
Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan
sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul.
Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.
Kekurangan
zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di
sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan
penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.
Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai
juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat
tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau
simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang
tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang
mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.
Refleksologi
berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan
(kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota
kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap cermin kepada kepala dan tapak kaki
pula adalah anggota badan.
Walaupun
refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika
mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran
mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.
Antara
soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi adalah :
Adakah
ia menyakitkan?
Ia perlu
dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa
tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan
ketidakselesaan sedikit.
Bagaimana
ia boleh menyegarkan seseorang?
Sebagaimana
kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda,
refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih
nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada
seseorang.
Ada yang
mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini
boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama
menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi
elektrik.
Refleksologi
bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini
kurang popular.
Mengapa
urut kaki lebih popular dan menyeronokkan?
Ada
pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak
yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang
menghubungkan alat kelamin! Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara
individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya
mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan
masalah lain.
No comments:
Post a Comment