Sunday, February 1, 2015

Naturopath - Homeopathy

Dr. Sammuel Hahnemann

Naturopath - Homeopathy

Apakah Perubatan Homeopati?


Homeopati adalah suatu sistemperubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkanmelalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yangmampu menimbulkan gejala penyakit, mampu jugamenyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.

Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan. Boleh diambil oleh semua golongan.

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalumerangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disampingmembuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utkmempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan danpenyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalammemilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis)menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.

2 comments:

  1. Right away the positioning may possibly irrefutably have renowned among the most with writing individuals, because hardworking write-ups or significant assessments. Naturopath Gold Coast

    ReplyDelete
  2. You have the opportunity to work on your health and invest in a holistic lifestyle with Native & Actual. You can choose from an array of services that will suit all lifestyles, We would be more than happy to discuss the services that Native and Actual can provide as your trusted Naturopath on The Gold Coast.

    ReplyDelete